Keutamaan hari Jumaat..*
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin.
Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan
oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari
Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam
dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu
juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana
tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan
kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di
sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan
Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa,
diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam
dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang
meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang
haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang
malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia
dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)
2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa
sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim
melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala,
nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat
dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di
antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:
i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat
Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin
'Umar r.a. berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu
meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada
hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat
dilaksanakan.'" (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam
As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika
solat didirikan.
ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar
Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, "Hari
Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon
sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh
Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu
tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim
rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang
dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis
mengenainya."
3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya
Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya,
berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya,
kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang
(yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang
sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama)
ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang
terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat
Bukhari)
AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh
Dari Abu Hurairah r.a., katanya :
"Nabi s.a.w. ketika solat Subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL
AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD
DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Memperbanyakkan selawat
Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat
umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa
yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya
denganku." (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)
3. Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa
membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya
diantara dua jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan
oleh Syaikh Al-Albani)
4. Memperbanyak do'a
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
- Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
- Bergerak awal ke masjid.
- Diam mendengarkan khatib berkhutbah.
- Memakai pakaian yang terbaik.
- Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang
dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis
di atas.
Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.
Allah s.w.t berfirman :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah
aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Imran:31)
Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.! ^_^